"Aku bukannya murah. Aku tak mahal. Malah, aku ni tak guna. Aku penakut. Aku mahu hidup. Hidup ni kejam. Semua mau wang. Salah siapa? Senang jawab aku, bukan kerajaan @ yang salah @ yang benar. Aku tegakkan jari aku pada kita. Siapa suruh pentingkan diri. Hati ikhlas? Tekan iklan ni. Terima kasih aku angkat untuk kau"

Thursday, April 28, 2016

Tumpang Lalu...


1.57 <29/4/2016>
Hari2 aku lupa,
mana tanah yang aku jejak,
atau langit yang aku pandang,
Mungkin Tuhan tak sayang,
aku yang sentiasa alpa,
dek duniawi yang serba serbi,
meracuni iman,
yang dah lama aku simpan,
jauh2 dari Tuhan.

Dah berkarat rasanya.

Aku bangun tiap2 hari,
Tak sesaat pun nafas aku,
terhenti, tersedu dari dicabut,
Sujud2 aku berlalu,
Lutut kata lelah,
syaitan kata jangan,
Aku si bodoh yang hanya ikutkan
perasaan.

Dah nazak nampaknya.

Satu cahaya taufik diberikan
tatkala hidayah ku telah ada
lama tapi dibiarkan
kini aku bangkit dari kejahilan,

sejadah lama yang terpelosok 
di bawah kaki almari,
berhabuk,
aku kibaskan lalu disadaikan
kembali
Menghadap yang Esa,
Dengan bisik kata2,
ke kiri kanan, ke kanan,
Hati aku tak dipaksa,
jadi,
tumpang lalu
aku nak hadap Tuhan aku dulu.

----Note: aku bukan seorang pemuisi handalan. Bahasa aku masih seperti benih yang baru disemai ke dalam tanah sastera yang halus dan suci dari keberantakan budaya pada hari ni. Minta maaf---


No comments:

Post a Comment