"Aku bukannya murah. Aku tak mahal. Malah, aku ni tak guna. Aku penakut. Aku mahu hidup. Hidup ni kejam. Semua mau wang. Salah siapa? Senang jawab aku, bukan kerajaan @ yang salah @ yang benar. Aku tegakkan jari aku pada kita. Siapa suruh pentingkan diri. Hati ikhlas? Tekan iklan ni. Terima kasih aku angkat untuk kau"

Monday, May 2, 2016

Basi


9.34 p.m.<2/5/2016>
aku dengar apa yang dibilang orang
Ibarat mengisi borang2
Berjela panjang,
Mengisi lurah hati


yang sudah lama
menggelegak, menanti
ayat yang nak meledak
katanya nanti.

Entah betul atau tidak,
Mereka tak pernah peduli,
dek sang Penanti tak sedarkan diri,
yang dirinya dah dibenci,
yang dirinya dah dicaci,
yang dirinya dah dimaki,

Dosa bukan milik dia,
kata aku insan yang memerhati
dari tepi,
melihat manusia sebegini,
Aku rasa dah basi.



No comments:

Post a Comment